KANDUNGAN. Remaja Indonesia menulis tentang sastera siber, terutamanya tentang penglibatan para aktivis sastera Melayu Malaysia di alam siber. Menarik apabila beliau menulis 10 halaman tentang aktivis e-Sastera Malaysia, Irwan Abu Bakar yang dianggapnya “… benar-benar lain, berbeda!” Beliau juga menulis tentang Kablam 22 (Wan Nur-Ilyani) yang dikatakannya sebagai “perempuan penggerak sastera siber”. Di samping mengulas secara terperinci tentang sastera siber, Rois juga menulis tentang lagu-lagu puisi oleh Grup Lagu Puisi E-SASTERA (GLP) serta sebuah telaah khas atas puisi-puisi penyair E-SASTERA Malaysia, termasuklah karya Irwan Abu Bakar, Mansor A. Hamid, Tabir Alam, Yajuk, S. Iqram, M. Hafizie, dan Ibnu Din Assingkiri..

Muhammad Rois Rinaldi. Sastracyber – Makna & Tanda. Kuala Lumpur: eSastera Enterprise, 2015. (258 halaman).

Kata Pengantar: Puzi Hadi.

Harga: RM35. Pos laju: RM8.

rois-rinaldi
Muhammad Rois Rinaldi kini ialah aktivis utama di Indonesia bagi Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA) dan pengendali bangunan dan aktiviti Rumah Sastra ASEAN di Banten, Indonesia.

Button_kedai-esastera-pembeli

Sastracyber Makna & Tanda

43.00RM