E-buku.

♦▶NOVEL ANTIPLOT MEJA 17 

KANDUNGAN. Sebagai sebuah novel antiplot, novel ini mengandungi 17+1 buah cerita yang tidak bersambungan dari episosd ke episod. Malah watak juga berubah apabila berpindah episod. Perkara yang menyatukan episod-episod yang berkenaan ialah latar tempat berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut, iaitu sebuah meja bernombor 17 di sebuah restoran yang bernama Restoran eSastera.

⭕ Novel Meja 17 telah mendapat sambutan baik dari khalayak dari mula terbitnya pada tahun 2008, dengan judul Cinta Berbalas Di Meja 17. Ia telah dibincang dua kali di khalayak ramai. Pertama kali ia dibincangkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dalam Seminar Kepengarangan Muslimah Nusantara, 31 Mac-2 April 2009. Kali keduanya, versi Indonesia novel ini telah didiskusikan di Universitas Gajah Mada, Jogjakarta, Indonesia dalam majlis Seminar Internasional Sastra Indonesia-Malaysia (SISIM) pada 11 November 2014.

⭕ PENERBITAN:

Dari tahun 2008 hingga 2018, sebanyak lapan edisi novel Meja 17 telah diterbitkan, seperti yang berikut:

  • Bermula dari sebuah novel 17 episod berjudul CINTA BERBALAS DI MEJA 17.
  • Edisi Keduanya ditukar judul kepada MEJA 17.
  • Edisi 3, ditambah satu episod, iaitu episod 17+1.
  • Edisi 4 sama kandungannya dengan Edisi 3.
  • Edisi Indonesia ialah alih bahasa dari versi Malaysia Edisi 3.
  • Edisi 5 sama kandungannya dengan Edisi 3.
  • Edisi Inggeris Table 17 ialah terjemahan bagi Edisi 5. Dalam bentuk e-book.
  • Edisi 6. Dalam bentuk e-buku.

⭕ ULASAN.

Novel Meja 17 telah mendapat sambutan baik dari khalayak dari mula terbitnya pada tahun 2008, dengan judul Cinta Berbalas Di Meja 17. Ia telah dibincang dua kali di khalayak ramai. Pertama kali ia dibincangkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dalam Seminar Kepengarangan Muslimah Nusantara, 31 Mac-2 April 2009. Kali keduanya, versi Indonesia novel ini telah didiskusikan di Universitas Gajah Mada, Jogjakarta, Indonesia dalam majlis Seminar Internasional Sastra Indonesia-Malaysia (SISIM) pada 11 November 2014. (Lihat buku E-Sastera di Jogjakarta 2014. Jakarta: E Sastra Management Enterprise, 2016).

Enam buah artikel tentang Meja 17 telah diterbitkan di akhbar dan majalah, antaranya seperti yang berikut:

Dinsman. “Meja 17 Buka Fikiran”. Harakah, 19 April 2009. (Dicetak semula sebagai Kata Pengantar buku Meja 17, Edisi Kedua, 2014).

Lim Swee Tin. “Novel Antiplot Meja 17“. Dewan Sastera, Disember 2015.

Di samping itu, empat buah kertas kerja persidangan telah ditulis, seperti yang berikut:

Seminar Kepengarangan Muslimah Nusantara, 31 Mac-2 April 2009.

Ahkarim. “Merisik Sebuah Hiburan, Menuai Sebidang Sinis, Mengunyah Segenggam Cendekia… lantas Mengasak Seangin Sendawa… lewat Meja 17“. (Tercetak dalam buku Meja 17, Edisi Kedua, 2014).

Seminar Internasional Sastra Indonesia-Malaysia (SISIM) pada 11 November 2014. Dicetak dalam buku E-Sastera di Jogjakarta 2014. Jakarta: E Sastra Management Enterprise, 2016.

Lim Swee Tin. Lembaran Baharu Sastera Malaysia-Indonesia.

Faruk A. Tripoli. Memahami Tiga Satuan Cerita Dalam Meja 17.

Esti Ismawati: Mengenal Irwan Abu Bakar.

⭕ Harga: RM5.

————————————————————————————————————————–

kedai eSastera-UNTUK BELI-3D

  • UNTUK MEMBELI -SILA IKUT LANGKAH-LANGKAH YANG BERIKUT:
  1. Masukkan wang bayaran harga buku dan kos pos ke akaun bank eSastera Enterprise (CIMB Akaun no. 8000667484).
  2. Hantar bukti pembayaran dan alamat pos pembeli kepada e-mel (KedaiEsastera@gmail.com) atau teks/WhatsApp (0192680086) atau Messenger (Irwan Abu Bakar).